Tabungan

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Aina




Kesian my darling,hari Ahad lepas lepas bangun tido n time nak mandikan dia mama rasa badan panas sikit.Ingat lepas mandi ok la kot,tp panas jugak lepas tu n berlanjutan keesokkan harinya.Panas ni menjadi lebih bertambah apabila waktu tgh mlm.Mama dah bogelkan dan balut Aina dengan napkin basah macam selalu bila demam ,tp panas masih tak turun.Dah dua hari tapi badan keep on n off panas then sejuk then panas semula. Mama risau + panik (mcm selalu bila darling saya sakit) then terus bawa Aina jumpa Dr Zaini (doktor yang paling best mama pernah jumpa)


Sebelum sampai giliran kami,doktor dah arahkan pembantu klinik (yg juga baik hati) untuk basahkan towel dah lapkan badan anak mama yang sedang kepanasan tu.Panas masih tak kurang.Bila sampai giliran kami,doktor Zaini pun terkejut panas badan Aina,tp dia tak dapat kesan ape yang menyebabkan panas badan anak mama.Paru-paru ok,hidung dan telinga tak bengkak.Hmmmmm....hairan dan hairan.


Then Doktor Zaini decide masukkan ubat "peluru" but half je sbb dulu pernah masukkkan full tp macam ade prob so doktor ckp kali ni half je.Doktor Zaini bagi nasihat dan cadangan supaya buat blood test Aina,tapi sayangnya kat klinik tu tak dapat buat.So,doktor Zaini buat surat.Mama terus call abah ajak bawa Aina buat blood test kat Hospital Sg Buloh sebab Aina pernah admitted kat sana dulu+ layanan dan perkhidmatan pun bagus .


Kami terus ke Hospital Sg Buloh,sampai kat sana mama inform nak buat blood test dan dah bawa surat.Tapi nurse tu cakap kena jumpa doktor dulu.Mama boleh bersabar lagi ,ingatkan cepat sebab kami pergi kat bahagian EMERGENCY.Tungu punya tunggu turn (dalam 1 jam) nombor kat depan ( nombor berlampu dan berbunyi ) satu nombor pun tak keluar2.Dari tadi cuma 1 nombor je!Aduuhhhhh!!!!! ape hal ni!Abah dah mula terasa kesabaran tercabar ,dia terus pergi redah n buka semua (3 atau 4 ) bilik doktor..TRENNGGGGGGGGGGG!!!!!SEMUANYA KOSONG...DIULANGI KOSONG YER

Ape lagi terus la dia cakap jom balik!Mama pun tak puas hati pergi tanya kat kaunter pendaftaran tadi

@

@

@

@@@@@@@


mama:adik doktor semua tak ade ke dalam bilik?



pekerja kaunter:tadi puan ade dengar tak bunyi alarm tu?tu maknanya EMERGENCY.Doktor



semua yang tak ade dalam bilik tu pergi situ la.



mama:laaaa......abis yang kami semua dok tunggu kat luar ni tunggu sape?Terus mama blah



(sakitnya hati dengan jawapan tu,walaupun pekerja kaunter tu cakap dengan nada yang



lembut..tapi adalah tak wajar rasanya tindakan yang dibuat mereka kepada pesakit)



!

!

!

!

!

!

Then mama dan abah decide ke DEMC pulak.



Sampai kat sana mama terus ke kaunter.


Mama:Saya nak buat blood test anak saya bla..bla ..bla...dan ada surat



Pekerja kaunter:Kejap yer saya bagitau doktor



Mama:ok (dengan harapan kali ni mesti boleh sebab selalu dengar sini ok)



Pekerja kaunter:Kalau nak buat blood test doktor cakap kena admitted dulu sebab dah banyak



hari anak puan demam,tapi katil tak ade buat masa sekarang



Mama:Memamg tak boleh la kalo tak masuk ward?
Pekerja kaunter:Memang tak boleh (muka berlagak)



Mama:Ok lah terima kasih


$

$

$

$

$



Masuk je dalam kereta mama terus pot pet kat abah pasal layanan berlagak tadi.Geram betul,normal lah hospital swasta ni diaorang mesti nak kita admitted kat ward.Tapi jangan lah kau buat muka BERLAGAK!!!! bengong!!!!


Abah terus call kawan dia yang kerja kat SALAM SPECIALIST HOSPITAL.Tak lama lepas tu kami sampai di SALAM.Dalam hati mama berdoa mintak-mintak la boleh ambik blood test Aina.



Selesai membuat pendaftaran nurse panggil nama Aina.Part ni hati mama sayu lagi...sedih bila Aina nak kena cucuk ambik darah.Kesian anak mama nangis sakit.



Sejam lepas tu mama dapat panggilan dari nurse mengatakan Aina suspek DENGGI!!!!Rasa macam nak tercabut nyawa ni..gugur air mata mama.Tapi mama kuatkan semangat,nurse tu bagi pilihan sama ada nak masuk ward atau nak datang setiap hari ambik darah.Sebab tahap Aina tidak merbahaya,







So sejak hari Rabu,Khamis dan Jumaat 3 hari berturut-turut ni mama ulang bawa Aina pergi cucuk ambik darah..pity my girl..:(


Lepas ambik darah dalam masa sejam nurse atau doktoe akan call dan inform tahap darah tu macam mana.




Alhamdulillah hari yang ke tiga doktor cakap darah lain semua naik cuma darah kuning je tak naik that mean bukan DENGGI anymore..dh jadi VIRUS INFECTION pulak:(...tp ni normal.


Eh,lupe nak bagi tau sepanjang Aina demam ni ramai yang bagi petua amalkan





*


*


*


*


*


sup ketam


*


*


*


*


*


air ECPI


*


*


*


*


*


buah kurma


*


*


*


*


*


air masak


*


*


*


*


*


air kelapa




Terima kasih pada semua yang sudi memberi nasihat dan petua kepada mama.Ye laaa...ni kan pengalaman pertama mama.Memang mama rasa sedih dan susah hati kalau anak mama sakit.Saya percaya semua ibu didunia ni akan rasa apa yang saya rasa bila anak kita sakit.Semoga selepas ni Aina sihat selalu,tak mau sakit-sakit lagi.






















No comments: