Tabungan

Tuesday, November 24, 2009

TUPPERWARE NEW CATALOG














KEPADA KAWAN-KAWAN ATAU SESIAPA YANG INGIN MEMESAN SILA E-MAIL KEPADA SAYA nanie_r@yahoo.com

HUJUNG MINGGU BERSAMA YANG TERSAYANG

Alhamdulillah hari Ahad lepas abah dapat luangkan masa bersama mama dan Aina.Inilah masa yang ku tunggu,dah lama tunggu hari macam ni tau!!!huhuhu.....
Setiap hari mama berdoa pada Allah untuk hari yang macam ni..hehe...sonok sangat!alamak macam teruja gila mama ni!apolah!


Hari Sabtu lepas saja-saja la buat hantar sms ringkas tapi BERMAKNA pada SUAMIku tercinta.

aku:Yang esok U keje tak?
suamiku:tak tau lagi awat?
aku:ermmm..saje la ingat nak ajak p Giant saja bawa Aina jalan-jalan kesian dia dah lama tak kuar
umah.Pas tu nak beli barang dapur sikit...boleh?saja tanya...
suamiku:ok
aku:tq

hehehe....tu lah yang buat aku suka kat suamiku ini,ringkas je dia kalo apepun.SMS dia pun ringkas gak.Tapi yang pasti dia mesti tunaikan apa yang aku minta walaupun kadang-kadang dah expired dah pun request aku tu.Tapi yang penting dia mesti tunaikan cuma tu lah lambat atau cepat ja lah.Macam masa dulu aku mengandung tu,punyalah lapar teringin nak makan nasi kat kedai mamak kat rumah kami ni,sms lah dia

aku:yang Iteringin nak makan nasi mamak kat SHAAZ(nama kedai tu) lepas magrib I p beli
boleh dak?
suamiku:tguu I balik la kita p
aku:ok tq
suamiku:tapi lewat sikit lah yer,pas abis keje ni
aku:ok tak pa I tunggu (dalam hati tak lama sangat kot kan)

tungu punya tunggu sampai pukul 12 tengah malam baru dia SMS suruh siap dan tunggu kat bawah sebab dia dah nak sampai.Huhuhu.....mana nak mengidam dah,dah expired dah!!
tapi kesian pulak bila terkenangkan suamiku yang penat-penat balik kerja susah payah nak bawa aku kan,so pergi juga tapi aku makan roti canai ja....hehe.

Tapi apa pun sesungguhnya aku amat menghargai apa yang suamiku telah usaha lakukan untuk aku dan Aina selama aku bergelar isteri dan mama ni.Mama sayang abah,Aina pun sayang sangat kat abah.

Ok berbalik cerita pagi Ahad tu,bangun je dari tidur suamiku terus cakap ok siap-siaplah.Aku yang tertido lepas solat subuh tadi terus tengok jam...biar betul baru pukul 8.30 pagi suamiku dah ajak keluar.

aku:nak keluar dah ka?awainya?
suamiku:ye lah abah nak bawa anak abah jalan-jalan hari ni
(sambil mengomol-gomol Aina yang
masih mamai tidur
aku:ok sat nak mandikan Aina dulu.(dengan pantas aku mandi dan siapkan
Aina,mama kalau
bab jalan laju jer)hehe

Kami hanya ke Giant yang berhampiran rumah je,sebab hari nak hujan dansuamiku memanglah tak suka pergi tempat yang jauh dan ramai orang kalau nak beli barang.Dah tau dah perangai dia sejak dari belum kahwin...so mama faham ye abah.
Sampai di Giant nasib baik tak ramai sangat orang,mungkin masih awal dan mungkin juga orang ke pasar tani yang berhampiran.Kami malas pergi .Masuk dalam Giant mama terus ambil troli,abah tolak stroller Aina lah apa lagi...hehe.Sebelum tu singgah beli surat khabar dulu,abah nanti nak cari port nak baca dalam Giant dengan Aina sementara mama cari barang.

Selesai beli barang-barang dapur

aku:yang I dah abis ni (sambil tunjuk troli yang tak penuh pun)hehe
suamiku:ok U p bayar I tunggu luar Aina tidur ni.da kat U kan?
aku:0k duit dah ada

Sudah bayar je,keluar ingat nak terus ke kereta.Tapi tak nampak suamiku dan si kecilku.Terus call..

aku:mana yang?
suamiku:nikat depan ni
aku:ok sat p ANAKKU sat beli sabun cuci botoi Aina.(sempat jugak rentap Romper
Minnie 1
pasanguntuk si kecilku)
suamiku:ok kita makan dululah nak?
aku:ok(dalam hati leganya tak payah masak untuk lunch)hehe dah lama tak
makan kat luar tau!


Sudah selesai makan,kami ke bank kejap sebab abah nak bank in duit.Lepas tu kami balik rumah.Suamiku cakap nak ke bengkel lepas ni.Hatiku kembali sedih..huhu ye lah kejap sangat rasa dapat bersama kami.Lebih kurang pukul 1 tengah hari kami sampai kat rumah. Abah elok je golek-golek depan tv dengan Aina.Aina pun apa lagi golek sampai tergolek lah dia.Ahahaha...Memang dia suka kalo kita golek bersama-sama dia.Mula-mula aku dengar riuh gak lah 2 beranak tu dok bergurau senda,pas tu dengar suara orang berdengkur!Hahaha..abah dah belayar lah Aina,alahai sian abah penat sangat lah tu.Aina pun mula tenyeh-tenyeh mata.Mengantuk jugak lah tu,bagi minum susu dia pun terlelap.

Petang pukul 5 baru 2 beranak ni bangun.Mak oi tidur macam malam.tak jadi ke bengkel ke abah?hehe...

suamiku:tak lah hari ni hari bersama keluarga.........
aku:(senyum lebar sampai ke telinga)

Malamnya kami solat bersama-sama dan makam malam bersama.Syioknya mama bersyukur sangat abah dapat bersama-sama kami hari ni.Full day tau!

Untuk abah:
MAMA SAYANG ABAH DAN THANK YOU SO MUCH YANG....

Thursday, November 19, 2009

KESIAN ABAH DAN AINA

Entry kali ni saya buat masa Aina tido malam tadi.Tak tau lah tetiba sedikit emosi..hehe tp saya ok.Cuma nak luahkan perasaan jer,tak lebih dari itu.

Kebelakangan ni suami saya sangat sibuk,kesian dia hari-hari balik kerja lewat malam.Balik pun anak kami Aina yang comel itu sudah tido kadang-kadang.Kesiannya anak mama ni.Sabar yer sayang abah pergi cari rezeki untuk kita sekeluarga.Nanti bila abah dah settle semua abah balik awal dan dapat luangkan banyak masa dengan Aina yer sayang.
Buat sementara waktu ni mama dan Aina bersabar yer,kita doakan abah dapat mencari rezeki untuk kita sekeluarga AMIN.Sekarang ni hujung minggu pun abah kerja,kesian abah...hari-hari kerja.

Doa seorang ISTERI
Ya Allah...
KAU ampunilah dosa suamiku,
KAU tenangkanlah hati suamiku,
KAU peliharalah iman suamiku,
KAU berilah petunjuk dan hidayah pada suamiku,
KAU berkatilah hidup kami sekeluarga,
KAU murahkanlah rezeki kami,

Ya Allah sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintai suamiku,kasih dan sayangku padanya tiada berbelah bagi.Susah dan senang biarlah kami hadapi bersama,Ya Allah sesungguhnya aku amat mencintai suamiku .Semoga hubungan yang kami layari bersama ini kekal selamanya.AMIN YA RABAL ALAMIN...

Wednesday, November 18, 2009

"RINDUNYA PADA FAMILY SAYA"

Tak tahu kenapa lately ni rindu sangat pada family saya....padahal diaorang baru je datang sini awal bulan hari tu,mungkin sebab mood nak raya ni kot.Lagipun saya beraya di rumah mertua...huhuhu.Bukannya tak best tapi tak sama kan kalo beraya dirumah keluarga sendiri.Tapi tak pe,akan ku pujuk hariku ini,BIG GIRL/BIG MAMA DON'T CRY kan dah ade suami tercinta dan anak tercinta tu.Apolah mama ni,bikin malu lah kalo nangis-nangis ni...lagipun kan family dari A.S nak datang lepas raya ni.

Tapi yang paling saya suka ialah kalo beraya di kampung suami ialah ada dodol buatan sendiri.Last year masa saya raya kat sana (Aina dalam perut) saya kacau dodol tau!!!!pas tu tgk MIL buat ketupat..tengok dan tolong isi beras je sebab anyam saya tak pandai.

Semalam suami telefon MIL, sempat tanya siapa lagi yang beraya kat kg tahun ni?MIL cakap kami je!sebab lain-lain balik JOHOR DAN KELANTAN.Alamak...tak dapatlah Aina nak jumpa Kakak Alia dan Adik Damia:(


Persiapan raya?hmmmm....patutkah?

p/s:jawapannya tunggu lepas abah baca blog mama ni...hehehehehe

Sunday, November 15, 2009

Ini adalah gambar-gambar anak dara saya bila memakai tudung..sangat comel dan cute !!


Dah comel pakai tudung menutup aurat tapi kenapa anak mama ni noty2 ni buat lidah cm tu?hep2..isk2


Tengok ape tu?owh!sila abaikan latar belakang gambar ini yer...hehehe
nampak pulak tangan abah!






p/s :mama dah ngantuk la...esok2 la buat entry lain











Anak mama dah besar

Alhamdulillah dah boleh upload gambar,bukan apa tak best rasanya kalau entry tak bergambar ni.Ni lah antara gambar - gambar puteri ku baru baik dari demam hari tu.Now dah 4 bulan anak mama ni.Rasa macam baru semalam mama meraung dalam "labour room" haha..malu2.










<-----tengah pulun syiok dapat meniarap


<----- dah dapat meniarap mata tetap terbeliak bila mama ambil gambar...haha cutenya mcm biji petai mata!







"The person you love will always hurt you the most"

Hmm..ni lah tajuk entry kali ni,entah kenapa hati dan perasaan saya begitu tersentuh kebelakangan ini.(sindrom "bendera Jepun" kot kan)

Actually banyak enrty nak di upload tp tak taulah kenapa laptop ni jadi "hang" "koma" bila nak upload gambar.Tension betul!!!!

Ok lah nanti kalo dah boleh upload gambar baru buat entry baru,tak best kalo entry tanpa gambar ni.Hukhukhuk

Tuesday, November 3, 2009

Our New Environment

Alhamdulillah sudah selamat kami berpindah ke rumah baru...masih menyewa tapi dalam proses dan memikirkan untuk memiliki rumah ini.Insyaallah semoga ada rezeki kami untuk memilikinya.Mama doakan perniagaan dan rezeki kita semakin bertambah maju.AMIN...
Kalau dapat rumah ni senang,dekat dengan bengkel abah,senang abah nak pergi kerja dan mama dengan Aina pun boleh pergi bengkel selalu sebab dekat...lagipun rumah ni selesa bila sedara mara nak datang.Yang penting ada bilik khas untuk tok wan,mak tok,wan n atok Aina nak solat dengan selesa.

Kami pindah hari Jumaat lepas,nasib baik la familyku ada sini.Boleh la tolong kami mengangkut barang2 dari rumah lama ke rumah baru tu.Thanks so much to my beloved mak ,bapak,adikku yg chubby dan kak teh yang hitam manis!hehe..diaorang datang nak tengok anak daraku Aina yang sakit last week.Nasib baik sekarang anak mama dah sihat..Alhamdulillah.Cayangg dia..
Jenuh jugak la pindah barang2 ni,hairan pulak aku..dr mana datangnya brang yang banyak itu?dalam masa setahun kami tinggal bersama (aku dan suamiku) sampai 3 kalo lori yg sederhana saiz tu ulang alik angkut barang.Tu belum lagi kira trip angkut dengan kereta.Adoiii...
Thaks jugak pada mamat2 Bangla (pekerja suamiku) 4 orang yang tolong kami pada malam tu.Kesian dapat jamu koteow goreng ja.Insyaallah nanti akan aku masak special jamu mereka2 ini.Lebih kurang pukul 1 pagi baru kami selesai memindahkan semua barang.Ya Allah,penat teramat sangat!Tengok barang2 yang belum disusun lagi lah penat.Kami semua kepenatan dan terus tertidur.

Esok pagi tu kami bangun awal2 untuk kemas apa yang patut,nasib baik la ada familyku tercinta ini.Kalau tak mesti demam aku mengemas sorang2 ni.Haaaaahahaha....Petang Sabtu tu MIL N FIL datang,nak jumpa besan n nak jumpa cucu mata bulat ni.Hehehe...MIL bawa lauk yang sudah menjadi kelaziman dan kesukaan aku "ayam kampung masak lomak cili api!"wow!!!!cedapnya....pas tu ada tapai dan macam2 lagi lah makanan!(patut la menantu ni bertambah sihat)hahaha.

Lepas magrib kami semua makan malam sama2..lebih kurang pukul 9 mlm MIL n FIL aku pun bertolak balik ke N9.Thanks mak n ayah...kenyang perut anak menantu n besan2.
Aku tgh pujuk family aku balik ari Ahad ja,aku pujuk adik n kak teh ponteng sekolah,hehe jahat tak?lagipun exam dah habiskan..tapi adik dan kak teh tu payah sikit...huhu.Maka tak dapatlah apa yang aku hajatkan,lebih kurang pukul 1.00 pagi familyku bertolak pulang ke Alor Star.Bapak dah tidur sekejap tadi untuk hilangkan rasa mengantuk.Bapak memang suka drive malam2 sejuk katanya berbanding dengan siang.

Tinggallah kami berempat kat rumah ni,(adikku yang lelaki tinggal dengan kami sejak habis belajar,ok lah dapat tolong suamiku disamping mempelajari kemahiran untuk bekerja).

Ok,sekianlah entry untuk kali ini..banyak lagi kerja2 mengemas menantiku..uwwaaaaaa...

Wednesday, October 28, 2009

Anmum Infacare

Today try bg Aina minum susu Anmum..saja tukar sbb susu Babelac tu ssh nak dapat kat sini.Harap2 ok lah dia minum.Lagipun sblm tukar susu ni aku dah buat kajian n tanya pendapat ibu2 yang bg anak minum susu ni.Nak buat mcm mana susu mama x banyak Aina..kesian anakku sayang..sempat minum susu mama masa dalam pantang jer.Mama rasa bersalah sgt..tp apakan daya,segala usaha dibuat namun susu ku ini tidak ada dan bila dah lama x bagi Aina "nyot2" lama2 susu pun dah tak keluar.Sblm Aina lahir lagi mama dah azam nak BF Aina,mcm2 info mama tanya kawan2 mama yg BF...tp2 ..tp2..ishh!!!! mana susu tue.....arrgggghhh tension!(hehe sorry terover sudah)

Ni Aina baru lepas minum susu 1st trial..harap2 ok..ni dia tido,nnt nk tgk ok x ptg nnt.
Hmmm..mlm ni family ku nak dtg...yahooooo.....(ait..ni salah tajuk entry nie) hahahaha

Monday, October 26, 2009

Gambar Kenduri Lubna

Aina dgn Lubna n hubby...(cepat2 ikut jejak i yer Lubna)

Sembuh cepat yer anak mama sayang...........















Dah bleh meniarap yer sayang


Kesian tgk si kecilku ini.....tak pernah dia demam sebelum ni.Kata org tua2 budak2 ni kalo nak dapat "akai"(kepandaian) tu dia akan demam.Hmmmm..aku pun kurang pasti tentang kenyataan ni.Tp bila fikirkan balik jenuh la kan kalo setiap kali nak dapat "akai" diaorg nak demam.Kesian laa..huhu

Tp dalam dok demam2 tu Aina still leh senyum and sembang2...sayanggg anak mama ni.
Td baru call Doctor Zaini (doctor yg slalu check Aina dlm perut) dia suh stopkan dulu ubat2 semua.Sbb Aina tak buang air kecil n besar dr kul 10 pg td.Doctor ckp kdg2 ubat tu leh bg effect gak.Harap2 semuanya ok.

Ya Allah..sembuhkanlah anak aku.Tak sabar nak tgk Aina ceria mcm selalu.
Mama sayang Aina.

Sunday, October 25, 2009

Anak mama demam..

Kesian tgk si kecilku ini,ni 1st time dia tak sihat.Org cakap kalo nak boleh sesuatu tu budak2 mmg akan demam or meragam sikit.Betul ke?aku pun tak pasti dgn pendapat ni...

Kenduri Lubna 18/10/09

Selamat Pengantin Baru buat Lubna n husband

Dapat jugak bawa si kecilku ini jln2.Kesian dia..kami jarang bawa dia jln2..maklumlah suamiku ini busynya mcm PM..hehe.Lg satu aku takut nk bw jln2 sbb H1N1.Kalo nk kuar umh tu mcm2 aku fikir.Sabar ye Aina..nnt dh besar sikit kita jln2 slalu yer.

Ok berbalik pada cerita Lubna nie..aku kenak dia masa blajar dulu,actually dia cousin housemate aku..dia study UITM.Aku pnh gak dok sebilik dgn dia,byak sgguh kenangan kami masa dok kat Apartment Perdana tue...huhhu..sedih bila kenang balik.Bkn sedih sbb ape,cuma sedih sbb kami ni dh mcm family dok situ.Mama dia kalo dtg mesti masak makanan faberet kami..ASAM PEDAS.Sedap sgt..nnt nak minta resepi.(actually dh bayak kali dia bg resepi tp aku lom buat2)hahaha...

p/s :pic lom sempat nak upload

Thank you so much my dear.....

Thank's to my beloved friend Su...hehe,dia la yg ajar aku buat blog nie...slalu baca blog dia jer.
Padahal dulu aku blajar IT ,tp maklumlah dh lama tak godek2 laptop nie..so tak tau la nak godek2 cm ner nak wat blog nie...

Ok itu aje entry utk trial nie...amacam Su ok x?