Tabungan

Thursday, February 28, 2013

Comfort kesukaan ku

Saya penggemar comfort dari sebesar-besar botol sampailah sekecik-kecik peket akan ku usahakan untuk dapatkan mu.Hahahaha...


                                                  
ni dapat masa beli pampers anak-anak


                                                   
 ni pulak dapat hasil like kat page Facebook

baunya harum tau...macam syok ja.masa kita sidai kain baju kat ampaian pun bau harum.bukan takat baju anak-anak saya siram dengannya seisi rumah punya kain baju saya siram tau.senang kerja saya kan...kan..walaupun basuh baju anak-anak,baju saya dan baju suami asing-asing tapi penyudahnya setiap sessi akan ku siram wangian ini.

Monday, February 25, 2013

Mereka datang lagi

Yes..yes...saya happy.Mereka?siapa mereka?mereka tu lah cinta hati saya..








ni gambar raya tahun lepas...saya raya di perantauan...huwaaaa

Sabtu lepas ada kenduri di rumah saudara di Kuala Kangsar..jadi mereka terus lajak ke mari....dah alang-alang katanya....errmmm jauh gak kan Kuala Kangsar ke Shah Alam.Terharu sangat sebab mereka sudi ke mari melawat kami.

Ada orang yang ponteng sekolah jugak ya....hahaha...



^
^
^
^
^

                                                           ya ini muka si pemonteng itu..hihihi..sorry acu



dan ini pulak pekerja yang tak berapa sihat katanya....katanya lah.


tapi sekarang mereka semua sudah pulang....setelah 3 hari 2 malam di sini.Kembali seperti biasa....kami ber 4 di sini. 




Thursday, February 21, 2013

Berbawal kembali sesekali

Macam-macam trend tudung sekarang ni kan..tapi bawal juga menjadi pujaan hati ku.Ada jugak lah pakai tudung -tudung bawal ni sesekali selepas menjadi mama ni.Dulu masa zaman bujang-bujang memang fesyen ni jer la.Tambahan En Suami memang suka saya pakai tudung cam ni...hehe..mungkin  nampak muda kot.Alamak...dah tua dah ka??




.




Saturday, February 9, 2013

Happy Birthday

Happy birthday to me...ya umur saya bertambah lagi.Syukur saya kepada ALLAH S.W.T....masih beri saya kehidupan yang bahagia dan di kelilingi orang-orang yang saya sayang serta mereka yang positif minda dan fizikalnya.

Kali ni saya dah bagitau awal-awal pada suami..saya tak mau kek.Hehehe...pelik tak?orang selalunya mesti nak kek atau nak hadiah -hadiah kan..kan..kan...kamu-kamu yang baca entry ni pun mesti cam tu kan?betul tak?bagi saya kali ni ta payah kek dah sebabnya???
*
*
*
*
*
*
*
*

saya dapat hadiah paling best lagi
*
*
*
*
*
*
*
*

dapat 

BALIK KAMPUNG HALAMAN......4 HARI 3 MALAM U ALL 
(wah bunyi macam menang peraduan kan..kah kah kah)

balik kampung kali ni macam-macam aktiviti...jom kita layan gambar-gambar nak cerita banyak tak larat nak taip.(dasar malas kan..hahahaha)
makan kenduri

makan -makan with family

jalan-jalan lepak dataran jubli

padang besar 

 bukit kayu hitam



makan-makan..my parents buat makan-makan katanya for my birthday..huhu terharunya..dah tua pun ada majlis.tapi makan with family ja.and apa pun syukur happy.Tq mak and bapak..love both of you..
 mandi air terjun
makan lagi sebelum balik

padat kali ni balik...perut pun sendat and berat pun confirm naik.hahahaha....







Wednesday, February 6, 2013

Ayam butter milk

Ni resepi ni saya ambik dari internet tapi ada tambah beberapa bahan sikit.Actually saya sudah kebuntuan nak masak resepi apa untuk anak-anak...so,semalam lepas balik dari pos barang-barang saya terus masak ni.Untuk abah diaorang masak lauk lain..sebab abah tak gemor yang macam pelik-pelik ni.Hahahaha.....


Bahan-bahan

Isi ayam (dipotong saiz cute-cute untuk memudahkan anak-anak makan) agak-agak lah yer isi ayam tu.
Susu cair
Halia 1 cm (ditumbuk halus)
Bawang merah 3 ulas (ditumbuk halus)
Bawang putih 4 ulas (ditumbuk halus)
Cili padi suka hati (kalau jamu anak-anak jangan letak,saya asingkan dulu untuk anak-anak)
Buttercup (2 sudu)
Tepung goreng rangup saya guna JOGI
Secubit garam
Daun kari

Cara-cara
Isi ayam lumurkan denga tepung goreng rangup Jogi.Dah masak dan garing ketepikan dulu.Sekarang masakkan pulak kuahnya.Cairkan buttercup dalam kuali,masukkan bahan yang ditumbuk gorang naik bau,masukkan susu cair (sukatan suka hati,kalau nak cair sedikit lebihkan susu cair tersebut) kacau bahan biar sebati dan sedikit pekat kemudian masukkan  isi ayam,daun kari dan secubit garam.Kacau lagi dan kemudian bila ayam sudah masak ,bolehlah ditutup apinya.Curahkan keatas ayam goreng tadi.Ok dah boleh makan.Yummy...




Ini lah rupa ayam butter milk percubaan saya yang pertama kali memasaknya
v
v
v
v



Monday, February 4, 2013

Masih ada di sini...

Salam semua...sejak masuk 2013 ni saya belum update blog saya yer...hahaha.Makin bertambah aktiviti saya sejak Aina masuk sekolah ni.Chewah macam lah anak masuk sekolah atau universiti kan ..yang mama nak jadi busy sangat tu.Tapi memang busy...pukul 6 settle solat saya dah kena uruskan persiapan dan siapkan Aina...pukul 8 dah gerak ke sekolah dia.Walaupun jarak tak jauh tapi kena rancang betul-betul,kalau Danial belum bangun maka urusan Aina nak ke sekolah jadi cepat sikit,tapi kalau si bujang tu dah bangun maka jadi lambat sikit..maklumlah nak settle kan teruna pulak.Kadang-kadang bangun tidur dia dah buat "kek " dalam pampers ..jadi kena uruskan dia dulu.Bukan tak nak tinggalkan dia dengan abahnya..kalau dia masih tidur boleh la tinggalkan dia dengan abahnya..tapi kalau dah bangun ..hmm kang dia mengamuk buat tarian naga.Lepas hantar Aina ke sekolah saya kekaadang kena pergi kedai untuk beli barang-barang dapur,adalah dalam 2 kali seminggu.kalau tak ke kedai saya  terus balik rumah.Menghadap dan sudahkan kerja-kerja rumah.Kang pukul 11.30 saya dah kena ambik Aina.Kekadang sempat masak dulu sebelum Aina balik sekolah ,kadang-kadang kalau saya ada hal kena pergi bank ,atau urusan luar pepagi tu..jadi waktu masak tu jadi lewat sikit.Atau kekaadang dah tak sempat sangat tapau jer...muahahahaha...


Blog ni juga saya tak sempat nak update sebab kesihatan kami sekeluarga tak berapa baik.Pakat demam 1 family...sampai kena import family dari Kedah nu ha datang jagakan kami anak beranak.Mujur masih ada mak dengan bapak..sayang diaorang sangat-sangat.Adik-adik pun banyak membantu masa datang sini.Ni pun masih ada batuk -batuk dan ada yang selsema lagi.
Tolong doakan kami sekeluarga cepat sembuh ya....terima kasih :)






Ok nanti insya Allah saya update lagi....ni pic Aina dengan pakaian seragam sekolahnya.

Sunday, February 3, 2013

Baby baru

Haaaaaaa.........mesti ingat saya preggy yer??tak lagi...masih beranak 2 buat masa ini.Ni baby baru sepupu saya...dah lepas pantang pun mak nya,baru berkesempatan kami melawat.Berpantang di Kedah jadi tak sempat kami nak balik masa tu.Baby sulung Anisah and Hirzan...welcome to the club :)

 
 wanginya bau baby..semua baby bau wangi kan..macam pun wangi tau