Tabungan

Showing posts with label ragam anak-anak. Show all posts
Showing posts with label ragam anak-anak. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Mama sayang korang...

Tak ade mood nak updated..just nak bagi tau kali yang beribu -ribu kali...




MAMA SAYANG BOTH OF YOU...

MAMA TAK BOLEH HIDUP TANPA KORANG TAU!! SAYANG KORANG KETAT-KETAT

Monday, March 18, 2013

Sehari with Tok Tam

Tok Tam ni actually panggilan untuk adik mak saya..saya panggil tam..anak-anak saya panggil tok tam lah yer.Dia pindah kerja di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu..sekarang dia tinggal kat Damansara..maka kalau hujung minggu atau ada keapangan dia datang lah kat umah kita orang.Last weekend Sabtu tam datang,kebetulan nak repairkan keta and tukar tayar baru untuk kete dia.Sabtu lepas ajak dia teman saya beli barang -barang dapur..HERO lah ke mana lagi...hihihi

Happy dia sebab memang segar katanya barang-barang di situ..walaupun hargnya tak lah  murah mana tapi yang penting SEGAR.












 ni pic roti benggali...haaaaaaaaa...dah lama saya tak jumpa roti ni.Masa kat kg dulu2 selalu tgk tok iah  makan dengan gulai.Sedapnya....



 acara mengepow tok tam....aina apa lah kamu sedang pujuk tok tam tu yer....



 I'm done!!!!si bujang saya memang cam ni..dia tak banyak songeh..apa yang di bagi di ngapp..terus..


buah-buahan yang besar dan segar belaka...


balik pada beli barang dapur terus kitaorang masak untuk lunch.Menu tgh hari tu ikan kembung bakar,sayur bayam,sambal cili padi ..pas tu tam buat tauhu sumbat makan dengan kuah kacang.Gambar tak sempat nak ambik..sebab dah sibuk makan lepas tu makan terus.Hihihihi..

Lepas makan malam tam balik,sebab esok tu dia ada aktiviti...LARIAN PURPLE di Putrajaya.



Thursday, March 14, 2013

Gaya baru






Ha ni gambar terbaru anak dara saya yer.Sekarang ni sejak bersekolah ada lah sesekali dia nak pakai tudung bila keluar berjalan.Ni gambar ni ambil  masa nak ngantarwan dan atuknya ke airport ari tu.Mujur ok jer..sampai masa nak balik tu baru dia buka...ok lah tu kan dari pukul 8 malam sampai pukul 3 pagi kat airport tu.

Mama doakan kakak jadi anak yang solehah..pakai tudung ni bukan fesyen atau tren ye nak yer..nanti kakak dah cukup umur wajib pakai tau.

Friday, March 8, 2013

Mereka dan nestum

Sekarang ni anak-anak suka makan bijirin nestum..alhamdulillah saya lega bila mereka suka  makan..tambah suka bila si kakak yang cerewet makan tu pun suka.Dulu masa diaorang baby - baby tu ada gak bagi makan nestum yang untuk budak-budak tu.Tapi diaorang cepat jemu,jadi bagi  makan nasi terus..cuma masak nasi tu lebih kan airnya sikit,supaya lembut.Yang ni pulak bukan nestum yang budak-budak tu..ni nestum 3 in 1 yang ita pun boleh makan tu.Tapi manis sikit sebab dah campur susu siap-siap dalam tu kan..dah  namanya pun 3 in 1 kan.Jadi masa bancuh tu saya masukkan air suam lebih sikit..supaya kurang manisnya tu.

Ni gambar petang ni...bangun dari tidur siang,si kakak dahmerayap-rayap ke meja makan cari makanan.mula-mula dia makan roti Gardenia sekeping yang di sapu mentega kacang.Pas tu saya tanya nak nestum tak?dia cakap  nak...maka petang ni makan ni lah diaorang.Si adik masih mamai-mamai lagi,tapi dah dengar kakak tu dok kelentung-  kelengkang sudu dengan cawan makan nestum tu.dia pun join.Saya bancuh dalam awan lain.Kang kalau ajak makan berjemaah satu cawan ada yang bergaduh.


berselera kakak makan..mama suka nak



 sempat lagi senyum yer...tu nampak kat belakang tu??si hero yang tengah mamai..jap lagi datang menyerang  tu haaaaa....




p/s:hajat di hati nak masak roti john makan petang..tapi diaorang dahmakan ni pulak.Hmm..tunda hari lain ya menu tu

Tuesday, March 5, 2013

Love and Lolipop..all about "l"

Dah banyak hari si kakak  minta saya buatkan dia LOVE shape....fikir-fikir punya fikir dan masa yang tak berapa nak free dan idea pun tak berapa nak ada...maka petang tadi kami sama-sama buat ni

*
*
*
*
*
*
*

muka si kakak yang happy..puas lah hati tu dapat apa yang dia nak buat..layankan aja..bukannya apa sangat kan..yang penting anak happy.




cop jari kecik-kecik...kalau jari mama harus tak  muat kan ..hahaha



 yang sebelah tu gambar lolipop..saja saya print kan sekali sebab kebetulan mula huruf "l"...


khusyuk nya anak mama


 siap muncung mulut ya  nak...



dah siap kerja ,dia tolong mama lap dan kemas - kemas



antara bahan - bahan yang di gunakan tadi



 dah siap...taraaaaa


 ni gambar ni dia ambik sendiri okay
ini jugak




okay hari ni kita belajar huruf "l" dan benda-benda yang bermula huruf "l"....kita juga belajar "fingger print" dengan warna air dan phonic huruf "l".....


Perlu jadi rajin dan kreatif

Haaa...bila dah duduk-duduk di rumah otak saya mesti sentiasa kreatif,mesti kena ada aktiviti untuk si kakak.2-3 hari ni dia asyik dok "request" nak buat LOVE ....maka saya hanya sempat fikirkan yang simple dan bahan-bahan tak susah  nak cari.

Maka pagi tadi sibuk print apa yang patut dan beli bahan-bahan yang belum ada.Nanti lepas dia bangun tidur petang saya dah janji nak buat dengan dia.


Masa entry ni di taip dia tengah tidur..mujur yang adik pun tidur.Sempat jap mama update blog.Ok nanti dah  malam saya update apa yang kami buat ya.

Monday, March 4, 2013

Satay oh satay ...ahai

Sejak kawan En Suami jual satay area kawasan perumahan ni...anak-anak kami telah menjadi hantu satay.Bukan anak-anak jer..abahnya pun.Mamanya??yang tu jangan tanya sejak azali okay.Cuma sejak konon-konon nak .......DIET ni maka pengambilan jumlah cucuk satay menjadi berkurangan.Hahahaha....

Tengok gelagat mereka..hadoi anak.Mujur makan kat rumah kalau makan kat kedai malu mama ngan abah nak...







Ukur tanah

Balik kampung anak-anak saya macam ni lah ragam mereka..tak duduk diam.Kalau nak bagi tidur siang-siang hari tu..peratusnya adalah sedikit...hahaha.
Tengok aksi depa kat laman belakang rumah wan dan atuk .....






Wednesday, December 5, 2012

Tracing,cutting and pasting

Hari ni buat art and craft..dah lama nak buat tapi asyik buat aktiviti lain.

Malas nak taip tadi saya search aktiviti ini bagus untuk :-


Encouraging your child to practice tracing and cutting with engaging tracing worksheets and cutting worksheets will help him develop important muscles in his fingers and hands, as well as improve coordination between his dominant hand (the hand that holds the pencil or scissors) and his non-dominant hand (the hand that steadies the paper being written on or cut).

Pendedahan menggunakan gam juga perlu dan baik kerana ia mendedahkan anak-anak kita dari menyentuh/merasa tekstur sesuatu benda itu yang berlainan.
















ok itu saja aktiviti kita untuk hari ini....esok-esok mak fikir lagi ya nak aktiviti lain....