Tabungan

Tuesday, December 25, 2012

Yeahhhhhhhhh...full house

Alhamdulillah family saya dah sampai pukul 5.30 pagi tadi..tok pun ikut sama.Best-best meriah rumah...I like it!!sedap-sedap macam - macam diaorang bawak dari Kedah..tudia macam orang dok oversea kan gaya saya ni.Hahahaha...banyak makanan,baju for the kids..TERIMA KASIH  mak u always beli macam-macam for my kids.Sayang mak :)

Monday, December 24, 2012

Menunggu mereka datang

Best-best tak sabar tunggu family saya datang....macam ni lah kelakuan saya,bila mereka  nak datang ja saya memang tak akan tido malam...so ,gunakan waktu ni untuk update blog.Tadi saya dah call ..diaorang dah bertolak lebih kurang pukul 12 tengah malam tadi.Anak-anak saya dah saya bagi tidur siap-siap..kang tok ngan wan datang depa tak mau tidur..tu senang saya bagi tidur awal - awal.Nanti diaorang dah sampai tak lah diaorang kelat-kelat mata.

Saturday, December 22, 2012

Alhamdulillah...


Setelah beberapa hari anak-anak dan mama tak sihat..demam,betuk,selsema,hormon mama yang tak stabil lah,kini kami 3 beranak kembali sihat.Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah.Tu sebab dah lama saya tak update blog..mood yang tak menentu,uruskan anak - anak yang tak sihat,berulang alik kami ke klinik,lepas tu saya pulak yang demam ,batuk dan selsema.Period pulak datang tak menentu...haish risau.Tapi semalam dah buat check up dan dah scan semua.Bukan apa risau jugak..kot - kot ada baby kah dalam perut ni kan..hehe.Ye lah sejak 2-3 bulan ni saya ni makan pil Yasmeen macam acuh tak acuh.Bukan apa ingat nak kurang kan pengambilan sebab terikut-ikut orang cakap makan pil perancang ni ada kesan sampingan.Ternyata sangkaan saya yang percaya cakap-cakap orang itu membawa padah.Akibatnya hormon saya tidak stabil.Huhu...mula - mula rambut banyak yang gugur lepas tu period jadi ta menentu.Jadi semalam doktor dah bekalkan saya pil stabilkan hormon namanya Evening Primerose Oil.Haaa....cantikkan nama pil ni.Macam ala-ala An Evening In Paris..ahaaaaaha.






ni rupa pil tu..gambar ikhsan dari Google yer..sebab saya malas nak snap pic

Jadi doktor nasihatkan saya teruskan makan pil Yasmeen macam biasa dan disamping tu makan pil stabilkan hormon ni.

Thursday, December 13, 2012

lagi sebelah lah pulak...

Bangun pagi ni lagi sebelah mata pulak yang susah nak buka..bertaik.Dugaan Mu Ya Allah ku terima dengan redha.Kan antara penyakit-penyakit yang Allah bagi tu merupakan penghapus dosa-dosa kecil kita.Tapi saya tak berapa nak risau sangat sebab semalam dah pergi jumpa doktor.Dia dah terangkan yang ni bukan sakit mata..just mata jadi bertaik sebab semua saluran tersumbat..ekoran badan panas jadi saluran dalam lubang telinga n saluran hidung jadi bengkak.Kira macam longkang tersumbat kata doktor..haaaaaha...tu dia nak bagi mudah faham kan sebab kita bukan belajar medic mungkin penerangan sebegitu memudah kan kita faham.Nanti kalau dia guna istilah dalam bahasa perubatan jenuh lagi kan.

Alahai badan..cepatlah sembuh.

Wednesday, December 12, 2012

Demam sampai menggigil

Malam tadi nak  dekat magrib tu mula rasa badan saya nih macam panas-panas suam macam tu.Tapi malas nak kesah sangat..tapi bila lagi lama lagi malam tu dia jadi menggigil badan ni.Buka kipas pun no 2 cam tu ja.Tu pun berselimut tebal bagai.Kalau tak buka rasa macam tak puas kan..maklumlah sebelum ni memanjang no 5 jer dia memutar kan kipas tu.Heeehehe...makan panadol sebijik terus tido.Dengan harapan esok bangun tak ade lah rasa demam ni lagi.

Bangun tadi pagi rasa mata pulak bertaik belah kiri tu...aduh sudah tak kan lah kena sakit mata tu kan..bukan apa risau kalau kena sakit mata yang mata merah bertaik tu ..kesian anak-anak.Boleh berjangkit tu...Ya Allah sihat kan lah tubuh badan kami sekeluarga.Anak-anak memang baru baik dari demam.Minta doa sangat pada Mu Ya Allah sihatkanlah tubuh badan kami.Saya risau sangat kalau saya demam sapa nak jaga diaorang..nak jaga si suami lagi.

harap - harap esok dah ok ni..

Thursday, December 6, 2012

Mee Hoon Goreng Di kala hujan...

Petang ni mama goreng mee Hoon yer anak-anak.Tapi resepi simple jer..bahan- bahannya apa yang ada dalam peti ais jer kita buat yer.


 Bahan - bahan

1/2 peket mee hoon (rendam seketika dalam air bagi lembut)
3 ulas bawang merah( tumbuk lumat)
2 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
isi ayam (ikut suka kuantiti)
udang (ikut suka kuantiti)
garam (secukup rasa)
kicap pekat manis (secukup rasa)
sayur sawi (ikut suka kuantiti)
sedikit ait masak (untuk bagi basah sikit mee hoon nanti)
minyak untuk menumis/menggoreng


Cara memasak


Panaskan kuali,masukkan minyak agak-agak untuk tumis bahan-bahan tadi.Masukkan bawang merah.bawang putih.Naik bau dan sedikit garing masukkan isi ayam.Kacau-kacau bagi mesra semua masukkan  mee hoon dan gaul lagi sekali bagi semua mesra.Kalau kering masukkan sedikit air masak kemudian masuk kicap dan garam.Kacau bagi mesra semua dan akhir sekali masukkan sayur sawi dan udang.Balik - balikkan mee hoon dan semua bahan-bahan tadi.Kemudian dah masak tutup api. Boleh lah di hidangkan.







Wednesday, December 5, 2012

Tracing,cutting and pasting

Hari ni buat art and craft..dah lama nak buat tapi asyik buat aktiviti lain.

Malas nak taip tadi saya search aktiviti ini bagus untuk :-


Encouraging your child to practice tracing and cutting with engaging tracing worksheets and cutting worksheets will help him develop important muscles in his fingers and hands, as well as improve coordination between his dominant hand (the hand that holds the pencil or scissors) and his non-dominant hand (the hand that steadies the paper being written on or cut).

Pendedahan menggunakan gam juga perlu dan baik kerana ia mendedahkan anak-anak kita dari menyentuh/merasa tekstur sesuatu benda itu yang berlainan.
















ok itu saja aktiviti kita untuk hari ini....esok-esok mak fikir lagi ya nak aktiviti lain....

Tuesday, December 4, 2012

Pekasam

Haaa....kalau orang utara mesti lah tau macam mana sedapnya menu ni kan..hehe.Yang ni saya tak buat just masakkan jer...belum  ada kemahiran dan ilmu lagi nak buat.Jadi saya beli yang siap yang di jual di Pekan Rabu.Kalau makan dengan nasi panas-panas...lauk lain saya tak pandang dah.

Ada jugak kawan-kawan yang berasal dari luar negeri utara bertanya macam mana nak masak/goreng ikan pekasam ni...jadi jom kita tengok cara - cara menyediakan nya.



 ni ikan pekasam yang belum di goreng



Bahan-bahan yang nak di goreng

Ikan pekasam 2 ekor
Bawang kecil/merah - dihirs nipis-nipis(kuantiti bergantung kepada anda)
Cili padi - di hiris nipis-nipis (kuanti kalau nak pedas banyakkan cili)
Limau nipis/kasturi - 1 biji
minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1.Panaskan kuali,masukkan minyak agak-agak boleh menggoreng lebih kurang 3-4 sudu.(Jangan banyak macam goreng ikan goreng biasa).
2.Bila ikan dah garing boleh masukkan bawang merah/kecil dan jugak cili padi tadi,kacau sehingga bawang dan cili garing sedikit.Jangan sampai hangit atau hitam nanti pahit pulak ya..hehe.
3.Ok dah siap boleh tutup api dan percikkan/picitkan limau tadi.Baru makan nanti ada rasa masin,masam dan pedas...yummy:)




*********************
**********


tarrraaaaaaaaaaaaa



Pizza ..pizza..dan pizza...

Bangun pagi buka mata and she start saying.."mama kakak nak atan pijja"..hai anak..baru pukul 8.30 pagi awak nak sarapan pizza ke?adoiiii...errmmmm..mula-mula try pujuk surh dia makan roti dulu,bagitau dia pas makan roti kita mandi dan makan nasi..petang-petang sikit baru kita makan pizza yer..tengok mood dia ok.dengan harapan dia akan lupa lah kan..bukan tak nak beli tapi saja nak bagi dia  makan nasi sebab kebelakangan ni dia kurang makan nasi..same goes to her brother.Hmmm..awat ni depa tetiba bertukaq jadi minah and mat saleh..hahaha.Semalam dah masakkan untuk diaorang macaroni cheese...hari ni pun nak wesrtern ke nak oiii!!!arrgghhh..
Bila dah petang hujan pulak turun..try pujuk dia cakap nanti hujan dah stop kita pi yer beli pizza...tetiba hujan  stop haahahaha...memang saja lah kan..ayat yg sama berkumandang kembali "mama nana nak atan pijja".Hmmm..maka mama yang malas mahu eluar ni pun terus dail lah number keramat...dalam masa lebih kurang 1 jam abang motor pun sampai membawa "PIJJA"...tengok lah muka-muka diaorang ni...macam tak pernah makan atau tak ada makanan yang nak di makan di rumah ni selain dari "PIJJA"....ahaaaaaiiiiiiiii



suka yer kakak...puas hati yer nak...


yang ni yang dia dok tunggu sangat





yang adik pun sama....



 tengok makanan tu sampai meleleh air liur yer dik...




baca doa dulu please....





Sunday, December 2, 2012

Menerai aje kejenya yer..anak oh anak

Last Saturday ada open day at the kindy.Last few days mama and abah already enroll kakak at this kindy.Make all payment and discuss with the teacher about the school program ,the method their using to teach kakak later.Actually awal tahun hari tu pun mama dah datang sini,tapi belum decide lagi masa tu..just nak usha-usha kindy.Fikir-fikir dan fikir lagi rasanya this is the best choice we all decide to her.This school more to English Islamic.Walaupun sebenarnya hati mama still like the kindy yang mama pernah work dulu..huhu..tak apa lah nak,ada rezeki insya Allah.Tapi mama rasa this kindy pun ok..cuma keluasan tempat tak lah sebesar yang di atas bukit sana kan..kan..kan.Tak pe, yang penting mama nak anak mama dapat belajar dengan baik di sini..mama doakan Allah terangkan hati mu ya nak.

Kakak look happy masa we all bawak dia kat kindy ni..errmmm actually dia pergi mana-mana kindy pun suka!!!sampai pernah kita orang bawak pergi walk around usha-usha beberapa kindy awal tahun hari tu pernah dia tak nak balik...haiyaaaa..malu saya.Mungkin masa dalam perut hari tu dia memang dah biasa dengan environment begini kan.Hmmm....mungkin jugak :)


 sampai terlentok lentik posing




she ask me to snap this angle...want to show tok and tok wan her new bag..hmmm..adoiii



So sekarang bertambah lah ayat-ayat atau dialog bila buka mata dari tidur.."mama nana nak olah".Yes dia memang pelat lagi..tapi mama dah ask doctor and dotor said later on dia akan ok.Memang lately ni memang itulah ayat yang dia suka sebut.Last week jugak lepas daftar and makeall the payment abah suruh mama bawak anak-anak go buy the school things.So dah belilah serba sedikit barang-barang kakak nak ke school.So now every day dia like to pretend and berlakon macam dia pergi school.Siap pakai uniform and galas her new school bag!!!Adoiiii...anakku :) tapi terpaksa lah mama cuci and simpan uniform tu ..mama kena bagitau kat kakak uniform tu pakai masa school nanti..now kena smpan nanti kotor dah tak cantik.Mujur dia faham...no more budak beruniform di dalam rumah...hahahaha.Later pakai ya kakak..