Tabungan

Tuesday, November 27, 2012

Alhamdulillah..kakak dah nak pergi school next year

Dah besar anak mama ni...dah nak pergi school next year.She keep asking me and my husband bila dia dapat  pergi school...yes sayang..InsyaAllah tahun depan kakak dapat pergi school ya.Tadi siang dah regester dia..mama dan abah doakan kakak dapat belajar dengan sempurna sayang..semoga Allah lapangkan dada dan minda anak mama ni supaya dapat menerima ilmu dengan baik,semoga Alah sentiasa berkati mu wahai anak.Kakak dapat membesar dengan sempurna dan menjadi muslimah yang sejati.



Sunday, November 25, 2012

Lacing time...

her weekend homework
activity for developing fine motor skills, improving hand-eye coordination and concentration, and keeping little kids happily amused
 

Friday, November 23, 2012

Best friend

Mama suka tengok kalian begini...semoga kalian menjadi anak-anak yang sayang menyayangi dan hormat menghormati ..sayang anak mama ni ketat- ketat..:)

Saturday, November 17, 2012

Yang tak dirancang


Yaaa...itu lah tajuknya,cuti hujung minggu ni ingat nak kemas-kemas kerja rumah yang
belum settle ni.(memang tak pernah habis ya).Tetiba balik dari hantar ateh ke rumah
sewa dan acu ke stesyen bas...abah cakap..jom pi PD..hahaha mama suka lah tapi bila
pikir-pikir tak kan nak pi macam tu ja..at least nak jugak siap apa yang patut..nak bawak
bekal makanan yang simple-simple...tengok jam dah pukul 12 tengah hari.Abah cakap
tak payah nanti makan jer kat kedai-kedai on the way ke sana..kalau nak masak sure
lambat lah jawabnya.Mula-mula macam rasa malas nak pi..tapi abah cakap jomlah..dah
lama teringin nak bawak anak-anak dan isteri dia ni ha..hehehehe.Maka kami pun dengan selambanya bertolak lah ke Port Dicson.Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak saya mandi air laut ya..sukanya depa...kita layan gambar-gambar ini yer..


sukanya dok main pasir sampai ada yang meniarap







On the way nak balik kami singgah Muzium TUDM ...tapi mama denga Danial tunggu dalam kereta ja..sebab Danial dah pun lena.Naik kereta terus lena...ayoyoyo..penat sangat lah tu kan ..lagi pun baru lepas makan...mata pun ngantuk lah tu.Ok kita layan gambar-gambar yang sempat di rakamdi muzium..


Daftar pelawat







Lepas tu kitaorang ronda-ronda bandar PD..dan singgah makan di tepi laut dekat area Kastam Port Dicson.Gambar tak sompek den nak ambil..tongah lapor...hehehe.
kesimpulannya ..saya happy and anak-anak pun nampaknya happy..terima kasih abah...


Friday, November 16, 2012

Mereka sudah mau pulang...

Macam ni lah perangai mama..bila tok ngan  wan dan family-family lain datang rumah..bila diaorang banyak
hari dok di rumah kita orang bila masa nak balik tu ..mama malam - malam dah start rasa sedih dan
sayu..huhu.Esok malam Tok ngan Wan dah nak balik...wawaaaaawaaaaaaaa..Achu tak balik..dia ada
program denga ateh..yeyeye at least acu ada lagi..tapi hari Ahad acu balik jugak..huhuhu


Nanti mai lain na...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 to all muslims.Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah...

Tuesday, November 13, 2012

Jalan-jalan cuci mata

Oleh kerana keadaan cuaca yang musim sekarang ni tak menentu jadi aktiviti untuk pergi menjelajah kekawasan yang jauh-jauh tak dapat lah dilakukan..bawa mereka ke Empire Subang je la.

Dekat dengan rumah..hehe.Oklah tu kan..kat situ pun ada macam-macam jugak kan.
Adik-adikku yang 2 orang ni membodek mak ..jadi dapatlah habuan buat mereka.Saya??owh saya tak beli apa-apa sebab saya belum gajian.Masih mampu mengawal nafsu..hahaha


Sebelum balik kami sempat sinngah sini untuk tea time..kalau ke sini memang tempat ni saya akan singgah untuk minum-minum.Selain harganya yang berpatutan saya juga tertarik dengan gaya restoran ini di hias.Sangat simple dan mengimbas kembali kedai-kedai makan zaman dahulu.




 gambar di ambil dari Google..sebab saya malas nak ambil gambar + malu oang ramai dok tengah menjamu selera...muahahaha




tengok ni ada jugak kat sini....tapi untuk lebih muatan seperti saya DILARANG ya ...hahaah


Acara makan-makan lagi

Bila mereka ada ..acara makan-makan semakin menjadi -jadi...bila mereka tak ada pun acara makan-makan jadi jugak...hahahaha.. ok kita layan gambar...tak larat nak taip

kakak dengan wan ( best friend )

Danial dengan tok...( best friend jugak ni )

yang ni kembar siam..hahahaha



p/s: gambar mama dengan abah tak payah tempek lah...tak cun pun!!!hahahaha

Monday, November 12, 2012

Jalan-jalan Sg Buloh..hibur kan hati mak

Sebernarnya plan ke Sg buloh (area kawasan hospital Sg Buloh) ni dah lama di rancang tapi tak kesampaian..jadi kali ni mesti pergi ..sebab hati saya juga perlukan hiburan.hahaha ayat apa ni??sebenarnya minat bercucuk tanam ni ada jugak sedikit sebanyak dalam diri ni..mak saya??haaa..dia memang penggemar aktiviti bercucuk tanam ni.Tapi sejak saya kahwin ni saya jadi kurang berminat..ekoran masa yang mencemburui..aci ke alasan macam ni :)

Tambahan pula En Suami saya rajin bercucuk tanam di rumah ni..jadi saya rasa..bagi jer  lah tugas tu kat dia..kan yang kan..
Hajat di  hati nak beli pokok bunga ros..sebab ada  kawan di FB bagi info kat sana murah-murah..rm5 boleh dapat sepokok..itu yang membuatkan hati ku tidak sabar mau pergi.Kami bertolak ke Sg Buloh pun dah agak lewat.Tapi alhamdulillah sampai jugak..

Mak oiii...banyak nya orang jual pokok bunga kat sini,pokok pun punya banyak ada pelbaga jenis dan warna..jadi rambang mata.Tapi sedih sebab pokok bunga ros tak dapat harga rm 5..paling murah rm 15...:(
mungkin tempat yang saya pergi ni tempat yang lain kot..sebab kat sini ada banyak sangat yang jual pokok bunga ros.Tapi tak pa..asalkan dapat bawak mak dan mak beli beberapa jenis pokok..ok kita layan gambar-gambar pokok yang sempat di beli ya


sessi tawar menawar harga sedang di jalankan




inilah pokok-pokok yang sempat di beli..nanti kita pi lain na mak...








   ni pokok bunga ros yang ku dambarkan..huhu...yang ni tam beli untuk mak masa pi Cameron Highland...waaaaaaaaaa..sedih-sedih nak jugak...:(



Sunday, November 11, 2012

Menunggu mereka yang tersayang...

Hehe..baca tajuk tu membuatkan saya happy..apatah lagi bila betul-betul orang yang tersayang ada betul-betul depan mata kan:)

Family saya dari Kedah datang kebetulan untuk menghantar adik saya yang belajar dekat MSU.Dah habis cuti semester dia dah...syoknya bila teringat zaman-zaman belajar dulu kan...abis exam balik kg:)

Ok lebih kurang jam 3 pagi diaorang sampai...sembang-sembang dekat pukul 5 pagi baru kami semua masuk tidur.Hahaha..acara wajib bila kami berjumpa.Ada sahaja cerita yang nak di kongsikan bersama.


Thursday, November 8, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Alahai Gas....

Jam dah pukul 10 malam mana mungkin boleh dapatkan gas pada waktu ini kan....si kecik ni pulak nak makan fries.Dan untuk si suami pulak dia nak makan burger.Huhu...gas..ooo...gas kenapa la kau nak habis di kala waktu begini.Tambah-tambah kat area sini hujan pulak petang-petang hingga ke malam..maka penghuninya pun lapar memanjang...ahaaiii...

             terima  kasih google...tak boleh ambik pic betul saya dalam keadaan ni..sebab nanti gerun tengok..hahaha



 

Tapi untuk tidak menghampakan mereka insan -insan tersayang maka saya masakkan juga...tarraaa....menggunakan rice cooker 

p/s gambar tak sempat nak ambik sebab pembantu kenit 2 orang ni sibuk nak tengok mama masak dalamrice cooker.Jadi tak sempat nak ambik gambar.



Berselendang pula yer..ok ke?

Baru -baru ni mood teringin nak pakai selendang pulak....tapi tak pasti sesuai ke tak pada muka ku yang bulat macam kuih pau ni....haha.tak berapa berani nak pakai sebenarnya..tapi dek kerana teringin ku pakai jugak :)


Mujur si suami tak komen pelik-pelik.Selalu kalau pakai yang tak sedap dia tengok dia mesti tegur direct..huhu.Katanya lebih baik dia tegur dulu sebab dia orang pertama yang akan tengok..haaa.betul-betul tu.Isteri siap-siap untuk pandangan mata suami paling utama kan...dulu masa mula-mula nak pakai tudung yang ada awning pun puas cari yang mana sesuai dengan muka baru dia bagi pakai ..kalau tak macam gadis Indon katanya.Aduh mas...kok saya dari Malaysia kelihatan seperti gadis Indon??


ok ni ade 2 keping gambar ...saje nak share gambar berselendang saya.









ok tak??

Monday, November 5, 2012

Bebas dari pampers seketika

Itu lah tajuk yang saya rasa sesuai...hahaha.Saya tengah ajar anak sulung saya yang umur nya 3 thn 3 bln ni "potty training".Sebelum ni pun memang ada lah cubaan untuk aktiviti ini.namun hanya bertahan 1 hari jer..keesokkan harinya dia taknak dah..nak pakai ampers katanya...huhu.Tapi minggu lepas sudah mandi tu masa saya nak pakaikan dia pampers dia cakap kat saya


kakak:mama tatak  nanak akai ampers dah.tatak nak olah.
          (mama kakak tak nak pakai pampers dah kakak nak sekolah)

saya:yaa...a'ah bagus lah kakak...ha dah besar tak payah pakai pampers dah..
       nanti kakak nak kencing kakak bagitau mama pas tu kakak buka seluar pi toilet terus kencing tau.

kakak:ote (ok)

Haa legaaaa rasanya..bukan apa sekarang ni dia sendiri minta nak buat macam tu.Mesti dia dah ada rasa kesedaran sendiri kan.Ye lah sesetengah perkara ni kita tak boleh  nak paksa-paksa suruh anak buat.Pada pendapat saya cara inilebih berkesan sebab selalunya yang kita selalu paksa-paksa tu tak berapa nak menjadi.Cuma untk buang air besar saya belum berpeluang sebab anak saya selalu membuang yang "besar "itu di sebelah pagi .Jadi dia membuang di dalam pampers sebelum mandi tu.Akan ku lipat gandakan usaha.


Di sini saya kongsikan tips untuk latih anak "potty training" tapi ikut cara saya lah yer dan keupayaan anak saya.Kalau ada kawan- kawan yang ada idea atau tips-tips yang nak di konsi silakan share yer..saya pun masih mencuba ni.

1.ceritakan pada anak-anakyang dia sudah besar dan boleh ke toilet jika nak membuang air   kecil atau besar.Takperlupakai pampers lagi

2.ceritakan pada anak-anak kalau yang girl....boleh cerita princess cantik tak pakai pampers dah.Kalau yang boy cerita hero kuat tak pakai pampers,malulah kalau pakai pampers sebab dahbesar dan kuat...hehe ok tak cerita saya...

3.selalu lah bertanya "kakak nak kencing ke?kalau nak kencing pergi toilet kencig kat toilet tau"




haa.. ini lah yang saya buat sekarang.Kecuali waktu malam masa nak tidur tu saya pakai kan dia pampers.Saya cakap kat anak saya masa tidur mungkin nanti kakak tak perasan, kakak terkencing.Nanti kakak dah besar sikit lagi kita tak payah pakai dah yer masa tidur.InsyaAllah nantibila dia dah ok yang sebelah siang..boleh lah saya train yang sebelah malam pula.

p/s:nanti minta tolong kawan-kawan yang ada tips-tips lagi commnet yer boleh saya perbaiki lagi teknik potty trainning ni.terima kasih

Pekasam oh pekasam....

Yum..yum..kalau bagi penggemar pekasam mesti kalau baca entry kali ni dah meleleh air liur ek...hehe.Nak-nak pula musim hujan sekarang ni...sedapnya..gaul-gaul dengan nasi panas.Kalau saya lah kan..dah tak perlu lauk lain..makan ni jer.Kalau balik kampung memang tak sah kalau tak beli ni.Hehe...mujur  masa perggy dulu tak pulak lah makan ni sebagai makanan wajib..kalau tak mesti darah tinggi.Memang tak berapa bagus kalau amalkan makan ni..sesekali oklah kan..sebab rasanya masin sebab ianya diperap dgn bahan-bahan seperti garam dan beberapa jenis bahan lain.
Kalau pekasam ni saya suka ikan lampam...ntah sebab dah biasa yang tu kot kan..tp rasanya kalauikan lain pun saya ok jer kot..sebab saay memang penggermar pekasam.
apa pun kita layan gambar ini sebentar yer...





Sunday, November 4, 2012

Berbohong itu berdosa...awak tak belajar ke?

Haisshhh....pelik betul saya dengan perangai seseorang yang saya kenali ini.Suka sangat dia berbohong....dulu - dulu saya  ingat mungkin dia ni keanak-anakkan sebab umur muda lagi.Tapi kan...kan ada pepatah mengatakan umur tu tak boleh mengukur tahap kematangan  pemikiran seseorang...kali ini dia berbohong lagi.Aduh!!nak je kenakan semula dia tapi malas.Sebab rasa macam tak kusa dengan dia ni.Selalunya dia ni bila dengan kita dia bagitau cerita A bila dengan orang laindia cerita B.Apa yang dia cerita tu bukan sikit-sikit punya bohong tau....tapi besar jugak pembohongan tu.Kalau nak orang sayang kat kita pun jangan lah sampai kau burukkan dan ceritakan apa yang tak betul tentang orang lain.Jadi diri sendiri....kan lebih baik.Sebenarnya dah ramai yang tahi perangai dia ni...cuma orang diamkan jer sebab tak sampai hati nak bagitau orang terdekat dengan dia tu sebab takut diaorang malu..sebab orang yang terdekat denga dia tu baik-baik semuanya.

Hmmm..dah tak tau nak cakap ape dah.Kadang-kadang sampai naik takut dan fobia nak bercakap dengan orang macam ni.Tapi saya ok jer...setakat sekarang saya dapat sabar lagi...jangan sampai satu hari nanti kalau terdengar di telinga saya ni cerita yang bukan-bukan tentang saya yang saya tak buat...haaa..meh sini aku tampar kau lelaju kat pipi kau dan mulut tu kasi cili ...ikat kat pokok badan tu bagi kerengga gigit.Haaa..nak..nak...

Sekian bebelan saya dipagi ini..

Saturday, November 3, 2012

Perlu ada perancangan dan jadual...

Hidup ni perlu ada perancangan dan jadual.Kalau tak ada perancangan bukan sahaja diri kita yang susah orang lain pun susah tau!!!!.



Hmmmm...bebelan ku di pagi Sabtu arrgghhh..

AES..Owh AES..

Wah tajuk apa ni...hahaha.Ya anak- anak saya sudah besar rupanya...tapi pada mama mereka,

mereka tetap anak-anak kecil saya.Sekarang apa yang mama dan abah buat semua kakak nak tiru..apa 

yang kakak buat semua si adik ni nak tiru.Maka kita perlu memberi contoh dan tauladan yang 

elok.. ya..berhati - hati kerana di rumah saya ni pun ada AES tau!!!Ingat di jalan raya je ade?

hahahaha




tengoklah video ni gelagat adik yang nak tiru apa yang kakak buat...



Friday, November 2, 2012

Penangan Adam Dan Hawa

Masa mula-mula orang tengah heboh dengan cerita episod kat mustika HD ni saya tak adalah nak  

kecoh-kecoh tengok sebab umah saya tak ade pakej ni sob..sob..sob..(sebab bukan pakej beyond). 

Datang adik saya kat rumah,dia pun tanya tak tengok ka Adam Dan Hawa??aishh dalam otak 

fikiran best sangat ka ??memang dah baca novel dia dah dulu memang best jadi pada fikiran tak 

payah lah tengok kan.tapi hmm ramai pulak tengok status di fb lah di blog kawan-kawan tentang 

cerita ni.Haisshhhh..panasaran mak di buatnya...jadi beberapa minggu lepas ada sepupu yang 

memang pakar lah jugak bab-bab download2 ni..jadi saya guna kesempatan ni..maka dapatlah link 

untuk download movie.Hatiku berbunga riang...lalalala...jadi terus download cite Adam Dan Hawa 

ni.....haaaaaaa sekarang SUDAH TERJEBAK SAYA!!!tp kerja rumah dan hal anak-anak tetap 

saya bereskan dulu.Sebab kerja-kerja download-download ni saya lakukan ketika semua orang sudah asyik di buai mimpi.




Panggilan Hangit!!!!Mak tension!!!

Bukan ada apa sangat tension tu, tapi kebelakangan ini saya jadi tension bila kerap kali si pemanggil telefon tu betanya soalan yang kurang cerdik.Tambahan pulak kadang-kadang time hp berdering tu time saya tengah sibuk membuat kerja rumah atau settle kan uruskan anak-anak.Kadang terkecoh-kecoh saya berlari menjawab panggilan.Bukan apa takut ada yang mustahak.Tapi rupa-rupanya panggilan hangit!!!!


pemanggil  :helo sape ni

saya            :dalam pemikiran saya orang ni masa di dail 

                     tadi dia hilang ingatan agaknya lalu saya

                     tanya..awak nak cakap dgn sape yer
   
                     (nada masih elok lagi)

pemanggil  :tak ni sape ni??(nada dia kuat dari saya yer)

saya :dalam hati (wah dah lebih ni kau telefon aku,kau

          pulak tanya aku sape??ko mamai?masa dail tadi?kot

          yer pun nak tanya elok-elok

         sikit bahasa dan nada suara

       (hisshh ni yang  mak nak marah ni)

       Nak cakap dengan sape dan berkenaan aper yer...

      ini  workshop kat bla..bla..bla..(mula dialog macam

      kakak kerani)

pemanggil  :ooo tak pe lah..lalu putuskan talian

saya            :sangat tension lalu mematikan talian

                      (pujuk hati munggkin orang ni

                      dail dalam gelap tadi)


Sungguh..saya seringkali berhadapan dengan situasi

di atas.Bila kemarahan itu  melanda selalunya

En Suami yang selalu jadi mangsa dengar

 bebelan saya.Ampunkan saya ya yang...



p/s:sila dail ditempat yang terang atau beli hp 

yg key pad besar supaya tidak timbul kecelaruan

 mendail dan  bertanya soalan kurang bijak ini.Hahaha...

Thursday, November 1, 2012

RAYA KORBAN KAMI 2012

Kami bertolak sekitar jam 12.30 malam 25/10/12....ya malam raya.Selalunya abah sebagai pemandu yang berhemah dapat bawa kami pulang ke kampung mama negeri yg indah dan aman ini dalam tempoh 3-4 jam dah sampai...tapi pada kali ni hampir lapan jam kami meredah jalan raya berkonvoi secara berjemaah di jalan raya dalam erti kata konvoi yang tak dirancang..huhu...jem sangat mlm raya tu. Kesian abah..kakinya mesti lenguh kan...mama yang kat belakang ni pun bukannya tidur,tak lelap mata ni sebab risau takut abah mengantuk & penat drive sorang2. Sekitar jam 8 pagi 26/10/2012 kami sampai ke destinasi alhamdulilah..ya pagi raya baru sampai ke kg.. tak per janji selamat sampai. Lepas solat raya kami pergi beraya kat rumah kawan bapak mama..satu taman jer..dekat dengan rumah jer.tapi en suami saya penat..sian dia..lebih kurang 15 minit di rumah tu dia datang jumpa saya bgtau dia nak balik rehat dan tidur.penat sangat katanya. Dah isi perut..kami minta diri nak ke rumah tok pulak.nana cakap nak pi umah nenek...:)en suami saya biarkan dia tidur..bagi dia rehat kesian dia.Mujur sampai-sampai subuh tadi kami dah makanjadi tak adalah dia tidur dalam kelaparan kan. Jadi kami beraya di rumah tok...isi perut lagi ...beginilah aktiviti sepanjang berada di kampung.maklum lah bila balik kat kota metropolitan..cheeewah...hahaah tekak mama asyik ingat2 makanan di kg.Jadi bila dah ada di kampung tu ambil kesempatan lah jawabnya.Mesti jarum penimbang menambah lagi lah kan..PASTI !!!Pada hari raya ke 2 ada majlis tahlil kat rumah tok...bapak seperti biasa jadi ketua memasak.Di bantu gotong royong kami sekeluarga masak bersama - sama..bestnya momment ni.tengok saudara mara berkumpul..ramai meriah rumah tok.mesti tok orang yang paling happy kan..bila tengok anak,menantu,cucu dan cicit dia berumpul sesekali macam ni. 



tok dengan anak-anak perempuan (ngah laki..dah salin baju,jadi tak mau bergambar)










cicit-cicit tok














malam tu ada tahlil di rumah tok..jemput orang-orang masjid 

dan saudara mara makan kat rumah tok.
Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik.