Tabungan

Monday, November 5, 2012

Bebas dari pampers seketika

Itu lah tajuk yang saya rasa sesuai...hahaha.Saya tengah ajar anak sulung saya yang umur nya 3 thn 3 bln ni "potty training".Sebelum ni pun memang ada lah cubaan untuk aktiviti ini.namun hanya bertahan 1 hari jer..keesokkan harinya dia taknak dah..nak pakai ampers katanya...huhu.Tapi minggu lepas sudah mandi tu masa saya nak pakaikan dia pampers dia cakap kat saya


kakak:mama tatak  nanak akai ampers dah.tatak nak olah.
          (mama kakak tak nak pakai pampers dah kakak nak sekolah)

saya:yaa...a'ah bagus lah kakak...ha dah besar tak payah pakai pampers dah..
       nanti kakak nak kencing kakak bagitau mama pas tu kakak buka seluar pi toilet terus kencing tau.

kakak:ote (ok)

Haa legaaaa rasanya..bukan apa sekarang ni dia sendiri minta nak buat macam tu.Mesti dia dah ada rasa kesedaran sendiri kan.Ye lah sesetengah perkara ni kita tak boleh  nak paksa-paksa suruh anak buat.Pada pendapat saya cara inilebih berkesan sebab selalunya yang kita selalu paksa-paksa tu tak berapa nak menjadi.Cuma untk buang air besar saya belum berpeluang sebab anak saya selalu membuang yang "besar "itu di sebelah pagi .Jadi dia membuang di dalam pampers sebelum mandi tu.Akan ku lipat gandakan usaha.


Di sini saya kongsikan tips untuk latih anak "potty training" tapi ikut cara saya lah yer dan keupayaan anak saya.Kalau ada kawan- kawan yang ada idea atau tips-tips yang nak di konsi silakan share yer..saya pun masih mencuba ni.

1.ceritakan pada anak-anakyang dia sudah besar dan boleh ke toilet jika nak membuang air   kecil atau besar.Takperlupakai pampers lagi

2.ceritakan pada anak-anak kalau yang girl....boleh cerita princess cantik tak pakai pampers dah.Kalau yang boy cerita hero kuat tak pakai pampers,malulah kalau pakai pampers sebab dahbesar dan kuat...hehe ok tak cerita saya...

3.selalu lah bertanya "kakak nak kencing ke?kalau nak kencing pergi toilet kencig kat toilet tau"




haa.. ini lah yang saya buat sekarang.Kecuali waktu malam masa nak tidur tu saya pakai kan dia pampers.Saya cakap kat anak saya masa tidur mungkin nanti kakak tak perasan, kakak terkencing.Nanti kakak dah besar sikit lagi kita tak payah pakai dah yer masa tidur.InsyaAllah nantibila dia dah ok yang sebelah siang..boleh lah saya train yang sebelah malam pula.

p/s:nanti minta tolong kawan-kawan yang ada tips-tips lagi commnet yer boleh saya perbaiki lagi teknik potty trainning ni.terima kasih

No comments: