Tabungan

Thursday, November 1, 2012

RAYA KORBAN KAMI 2012

Kami bertolak sekitar jam 12.30 malam 25/10/12....ya malam raya.Selalunya abah sebagai pemandu yang berhemah dapat bawa kami pulang ke kampung mama negeri yg indah dan aman ini dalam tempoh 3-4 jam dah sampai...tapi pada kali ni hampir lapan jam kami meredah jalan raya berkonvoi secara berjemaah di jalan raya dalam erti kata konvoi yang tak dirancang..huhu...jem sangat mlm raya tu. Kesian abah..kakinya mesti lenguh kan...mama yang kat belakang ni pun bukannya tidur,tak lelap mata ni sebab risau takut abah mengantuk & penat drive sorang2. Sekitar jam 8 pagi 26/10/2012 kami sampai ke destinasi alhamdulilah..ya pagi raya baru sampai ke kg.. tak per janji selamat sampai. Lepas solat raya kami pergi beraya kat rumah kawan bapak mama..satu taman jer..dekat dengan rumah jer.tapi en suami saya penat..sian dia..lebih kurang 15 minit di rumah tu dia datang jumpa saya bgtau dia nak balik rehat dan tidur.penat sangat katanya. Dah isi perut..kami minta diri nak ke rumah tok pulak.nana cakap nak pi umah nenek...:)en suami saya biarkan dia tidur..bagi dia rehat kesian dia.Mujur sampai-sampai subuh tadi kami dah makanjadi tak adalah dia tidur dalam kelaparan kan. Jadi kami beraya di rumah tok...isi perut lagi ...beginilah aktiviti sepanjang berada di kampung.maklum lah bila balik kat kota metropolitan..cheeewah...hahaah tekak mama asyik ingat2 makanan di kg.Jadi bila dah ada di kampung tu ambil kesempatan lah jawabnya.Mesti jarum penimbang menambah lagi lah kan..PASTI !!!Pada hari raya ke 2 ada majlis tahlil kat rumah tok...bapak seperti biasa jadi ketua memasak.Di bantu gotong royong kami sekeluarga masak bersama - sama..bestnya momment ni.tengok saudara mara berkumpul..ramai meriah rumah tok.mesti tok orang yang paling happy kan..bila tengok anak,menantu,cucu dan cicit dia berumpul sesekali macam ni. 



tok dengan anak-anak perempuan (ngah laki..dah salin baju,jadi tak mau bergambar)










cicit-cicit tok














malam tu ada tahlil di rumah tok..jemput orang-orang masjid 

dan saudara mara makan kat rumah tok.
Alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik.